Skizofrenia terbahagi kepada 5 jenis. Setiap jenis penyakit ini
mempunyai perbezaan. Jenis-jenis skizofrenia adalah :
1. Schizoaffective Disorder
Schizoaffective Disorder adalah pesakit mental yang serius, mempunyai dua keadaan yang
berbeza iaitu skizofrenia dan perubahan mood. Dikenali juga sebagai kemurungan
(depression atau bipolar disorder). Schizoaffective Disorder
adalah penyakit yang memberi kesan jangka panjang kepada jangka hayat pesakit
termasuk kerja-kerja seharian, sekolah, hubungan sosial dan hubungan antara
masyarakat. Kebanyakan pengidap penyakit ini akan mengalami kesakitan yang
berpanjangan. Penyakit ini tiada rawatan dan ubat yang khusus untuk
mengubatinya, namun simptom-simptom penyakit ini dapat dikawal melalui kaedah
rawatan yang khusus.
Simpom-simptom :
Depression (kemurungan)
- Selera makan hilang
- Berat badan yang hilang atau bertambah
- Terganggu dengan waktu tidur (tidur sedikit atau banyak)
- Kurang berehat
- Kekurangan tenaga
- Kurang berminat dengan aktiviti-aktiviti luar
- Selalu berperasaan diri sendiri kurang berguna
- Menyalahkan diri sendiri atau rasa bersalah selalu
- Tidak menumpukan fikiran
- Selalu hendak mati
2. Brief Psychotic Disorder (Gangguan Psikologi
)
Brief Psychotic Disorder adalah penyakit jangka pendek yang berkaitan dengan psychotic
symptom. Simptom penyakit ini adalah datang secara tiba-tiba atau selalu, tetapi
kadang-kadang atau kerap dalam sebulan. Selepas itu, pesakit akan sembuh
sepenuhnya. Brief Psychotic Disorder terbahagi kepada tiga iaitu :
Gangguan psikologi dengan tekanan perasaan yang jelas (brief
reactive psychosis)
Penyakit ini terjadi dalam jangka
masa pendek selepas beberapa kejadian yang terjadi seperti trauma atau major
stress seperti kematian orang tersayang, kemalangan, serangan atau bala
bencana alam. Penyakit ini menyerang pesakit apabila ada keadaan tertentu yang
menganggu emosi pesakit.
Gangguan psikologi tanpa tekanan perasaan yang jelas
Katogeri penyakit ini tidak menunujukkan sebarang trauma atau
tekanan perasaan yang
mencetuskan penyakit ini.
Gangguan psikologi pada permulaan postpartum
Jenis penyakit ini kebiasaanya terjadi kepada wanita hamil yang
berusia kandungan 4
minggu atau awal kandungan.
Simptom-simptom :
- Halunisasi
- Delunisasi
- Kecelaruan dalam berfikir
- Percakapan yang merapu
- Sikap yang pelik dan berpakaian janggal
- Masalah dalam mengingati (memori)
- Selalu keliru
- Perubahan dalam selera makan, tidur, berat badan dan kecerdasan badan
- Tidak mampu membuat keputusan sendiri
3. Schizophreniform Disorder
Penyakit mental serius yang merosakkan cara seseorang berfikir, bertindak,
meluahkan perasaan, membezakan sesuatu dan yang berkaitan dengannya. Schizophreniform
Disorder adalah kategori psikosis di mana pesakit tidak dapat memberitahu
dengan jelas perkara sebenar yang dialami,dan perkara yang berada di dalam
imaginasinya juga tidak dapat diungkapkan. Penyakit ini adalah bersifat jangka
panjang dan mungkin sepanjang hayat. Simptom-simptom penyakit ini mengambil
masa lebih kurang 6 bulan atau lebih. Apabila simptom lebih daripada 6 bulan, maka
penyakit ini terus menjadi lebih serius.
Simptom-simptom :
- Delusi
- Halunisasi
- Percakapan yang tidak teratur (cakap yang merapu-rapu )
- Sikap yang pelik seperti berjalan dalam bulatan, menulis tidak berhenti dan sebagainya.
- Kekurangan tenaga, kebersihan tidak terjaga, kebersihan diri terabai, tidak mahu bercampur dengan masyarakat, menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan.
4. Gangguan delusi
Gangguan delusi (delusional disorder) juga dikenali sebagai paranoid
disorder. Mereka tidak dapat membezakan antara alam realiti dan alam
fantasi. Pesakit yang mengalami delusi ini akan mengalami imaginasi yang pelik,
lucu, tidak masuk akal seperti mereka merasakn diri mereka selalu diekori, menentang
suatu konspirasi, mencintai seseorang yang berada jauh dari mereka dan
sebagainya. Penyakit ini selalunya kerap menjangkiti wanita berbanding lelaki.
Simptom-simptom :
- Mudah marah
- Halunisasi
5. Shared
Psychotic Disorder
Psychotic disorder
adalah penyakit mental yang disebabkan oleh pemikiran dan persepsi yang tidak
normal. Pesakit tidak mampu untuk berfikir secara waras, membuat keputusan
dengann baik, memahami kehidupan, berkelakuan dengan baik dan kelancaran dalam
berkomunikasi. Mereka akan berhalunisasi dan berdelusi sepanjang masa. Shared
psychotic disorder dikenali sebagai folie a deux (dua kebodohan). Penyakit
yang jarang kerana orang yang sihat (secondary case) berkongsi delusi
pesakit psychotic disorder (primary case) seperti skizofrenia. Contoh,
pesakit ini akan berdelusi bahawa makhluk asing sedang mengintip mereka. Delusi
ini akan mempengaruhi secondary case dan akan hilang apabila kedua-dua
mereka berpisah. Selain dari berdelusi, kelakuan dan pemikiran secondary
case juga adalah normal. Oleh itu, susah untuk mengesyaki mereka. Penyakit
ini adalah jangka masa panjang di mana seorang dominan dan lagi seorang adalah
pasif. Secondary case yang berdelusi akan mempertahankan pesakit
psychotic disorder. Penyakit ini boleh berlaku kepada individu, berkumpulan
yang ada hubungan rapat dengan primary case.
No comments:
Post a Comment